Fahami Insurans Anda
Jenis-jenis Insurans Kenderaan

Akta 333, Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan kenderaan motor hendaklah diinsuranskan.
Insurans kenderaan bermotor adalah perlindungan yang melindungi kenderaan anda (yang bermotor seperti kereta, motosikal, bas dan lori) daripada risiko seperti kecurian dan kerosakan kerana kemalangan.
Pada umumnya terdapat 3 jenis polisi insurans kenderaan di Malaysia, iaitu:
1. Insurans Pihak Ketiga
2. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
3. Perlindungan Pihak Pertama atau Komprehensif
1. Insurans Pihak Ketiga
Perlindungan ini merupakan insurans yang paling asas bagi insurans kenderaan. Perlindungannya adalah terhad maka bayaran premiumnya adalah yang terendah berbanding jenis insurans lain.
Pemegang polisi insurans Pihak Ketiga tidak boleh membuat tuntutan ke atas insurans.
Insurans ini hanya melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga (pihak lain) jika berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kerugian pada kenderaan mereka. Mahupun tuntutan di atas kecederaan atau kematian pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan yang berpunca dari anda.
2. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
Perlindungan ini sama seperti Insurans Pihak Ketiga, tetapi dengan penambahan perlindungan sekiranya anda mengalami kerugian disebabkan oleh kecurian atau cubaan mencuri (contoh pintu dikopek, cermin dipecahkan), mahupun jika berlaku kebakaran pada kereta anda. Apa yang tidak dilindungi adalah daripada tuntutan kerugian kereta anda disebabkan oleh kemalangan jalan raya.
3. Perlindungan Pihak Pertama atau Komprehensif
Perlindungan Pihak Pertama atau Komprehensif adalah yang paling menyeluruh iaitu dari kecurian, kebakaran, tuntutan kerugian akibat kemalangan sendiri atau pihak ketiga boleh dituntut.
Apa Itu NCD?

NCD atau juga dikenali sebagai No Claim Discount, adalah jenis ganjaran yang diberi kepada pengguna oleh syarikat insurans jika tiada tuntutan dibuat terhadap polisi kenderaan untuk tempoh 12 bulan sebelum itu. Secara ringkas, ia bermakna, jika selama 12 bulan anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan, maka pada masa anda memperbaharui polisi seterusnya, anda akan diberi diskaun.
Berapa banyak diskaun NCD?
Jadual di atas menunjukkan diskaun mengikut jenis kenderaan dan tempoh mengikut tahun. Ia adalah kadar tetap yang ditentukan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
NCD juga boleh dipindahkan mengikut jenis kelas kenderaan yang sama dan pemilik yang sama, walaupun anda bertukar-tukar syarikat insurans, kadar NCD tetap sama dan boleh dibawa bersama ke syarikat insurans yang baru
Market Value Atau Agreed Value?
Market value (nilai pasaran), market value adalah nilai kenderaan anda mengikut harga pasaran semasa ketika pembelian insurans. Jadi jika anda menginsuranskan kenderaan anda pada harga pasaran, anda akan dibayar pampasan mengikut harga semasa pasaran ketika tuntutan dibuat.
Agreed value (nilai dipersetujui), Nilai dipersetujui adalah nilai yang telah dipersetujui antara pemilik kenderaan dan juga pengendali insurans ketika pembelian insurans. Jika berlaku kerugian atau tuntutan total loss, pengendali insurans akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui.
"Under -insurance" Atau Terkurang Insurans
Under-insurance adalah suatu keadaan di mana nilai perlindungan insurans adalah kurang dari nilai sebenar pasaran bagi melindungi harta atau aset yang diinsuranskan, seperti rumah atau kenderaan anda.
Under-insurance bagi insurans kenderaan adalah seperti di mana seseorang membeli insurans kenderaan dengan nilai perlindungan RM 10,000.00 tetapi nilai pasaran sebenar kenderaan adalah RM 100,000.00. Jika berlakunya kemalangan, kecurian atau kebakaran, anda mungkin berfikiran yang anda akan mendapat pampasan dengan nilai RM 10,000.00, namun pada hakikatnya, anda akan mendapat pampasan yang lebih rendah daripada atau pihak insurans juga mempunyai hak untuk membantal polisi insurans anda.
Contoh pengiraan:

Kemungkinan pihak insurans hanya membayar pampasan RM 500.00 dan selebihnya RM 4,500.00 akan ditanggung oleh pemilik polisi
Adakah risiko Under-Insurance berbaloi untuk anda?