Select Page

Fahami Insurans Anda: Jenis-jenis Insurans Kenderaan

Jenis-jenis Insurans Kenderaan

Akta 333, Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan kenderaan motor hendaklah diinsuranskan.

Insurans kenderaan bermotor adalah perlindungan yang melindungi kenderaan anda (yang bermotor seperti kereta, motosikal, bas dan lori) daripada risiko seperti kecurian dan kerosakan kerana kemalangan.

Pada umumnya terdapat 3 jenis polisi insurans kenderaan di Malaysia, iaitu:

1. Insurans Pihak Ketiga
2. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
3. Perlindungan Pihak Pertama atau Komprehensif

 

1. Insurans Pihak Ketiga

Perlindungan ini merupakan insurans yang paling asas bagi insurans kenderaan. Perlindungannya adalah terhad maka bayaran premiumnya adalah yang terendah berbanding jenis insurans lain.

Pemegang polisi insurans Pihak Ketiga tidak boleh membuat tuntutan ke atas insurans.

Insurans ini hanya melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga (pihak lain) jika berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kerugian pada kenderaan mereka. Mahupun tuntutan di atas kecederaan atau kematian pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan yang berpunca dari anda.

 

2. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Perlindungan ini sama seperti Insurans Pihak Ketiga, tetapi dengan penambahan perlindungan sekiranya anda mengalami kerugian disebabkan oleh kecurian atau cubaan mencuri (contoh pintu dikopek, cermin dipecahkan), mahupun jika berlaku kebakaran pada kereta anda. Apa yang tidak dilindungi adalah daripada tuntutan kerugian kereta anda disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

 

3. Perlindungan Pihak Pertama atau Komprehensif

Perlindungan Pihak Pertama atau Komprehensif adalah yang paling menyeluruh iaitu dari kecurian, kebakaran, tuntutan kerugian akibat kemalangan sendiri atau pihak ketiga boleh dituntut.

Ipilih Sdn. Bhd. (1402702-K)
Waktu Operasi 8.00 AM – 8.00 PM
Setiap Hari Kecuali Cuti Umum

Tentang Kami

Cara Menggunakan iPilih

Terma dan syarat

Polisi Keperibadian

Fahami Insurans Anda

Hubungi Kami

SSM BizTrust Accreditation

Di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia